Monday, 27 February 2012

Warna warna bunyi

Bagaimana nak melihat rentak bunyi? inilah persoalan yang memberi inspirasi kepada jurugambar Jerman Martin Klimas untuk merakamkan gelombang bunyi secara visual. hasilnya cukup terbaik di tahap lumayan. Hampir seiras karya abstrak jackson pollock. Teknik yang digunakan ialah dengan meletakkan beberapa titisan pelbagai warna cat di atas satu permukaan yang bersifat lembut. kemudian di letakkan pula di atas speaker box di mana gelombang bunyi itu paling kuat keluar. Dengan menggunakan kelajuan shutter yang tinggi, Klimas memasang pelbagai genre lagu dan shooting pergerakan cat itu akibat daripada pergerakan gelombang bunyi muzik tersebut.

hasilnya adalah getaran cat yang memberi satu pattern cat berwarna warni yang cukup unik, sesuai untuk menjadi poster dinding. namun untuk mendapat hasil yang benar benar memberi kepuasan, bukanlah satu kerja yang mudah, Klimas melakukannya selama 6 bulan dengan lebih 1000 kali shoot! kerja kerja ini dilakukan dalam studionya di Dusseldorf, Jerman.



No comments:

Post a Comment