Monday, 27 February 2012

Warna warna bunyi

Bagaimana nak melihat rentak bunyi? inilah persoalan yang memberi inspirasi kepada jurugambar Jerman Martin Klimas untuk merakamkan gelombang bunyi secara visual. hasilnya cukup terbaik di tahap lumayan. Hampir seiras karya abstrak jackson pollock. Teknik yang digunakan ialah dengan meletakkan beberapa titisan pelbagai warna cat di atas satu permukaan yang bersifat lembut. kemudian di letakkan pula di atas speaker box di mana gelombang bunyi itu paling kuat keluar. Dengan menggunakan kelajuan shutter yang tinggi, Klimas memasang pelbagai genre lagu dan shooting pergerakan cat itu akibat daripada pergerakan gelombang bunyi muzik tersebut.

hasilnya adalah getaran cat yang memberi satu pattern cat berwarna warni yang cukup unik, sesuai untuk menjadi poster dinding. namun untuk mendapat hasil yang benar benar memberi kepuasan, bukanlah satu kerja yang mudah, Klimas melakukannya selama 6 bulan dengan lebih 1000 kali shoot! kerja kerja ini dilakukan dalam studionya di Dusseldorf, Jerman.



kereta buruk di syurga

Fotografi gambar gambar kereta lama di telan hutan ada nilai estetikanya yang tersendiri. Di Malaya sukar mendapatkan subjek kereta buruk di dalam hutan kerana dijual sebagi besi buruk. peter lippmann , seorang jurugambar berbangsa Amerika yang bekerja di Parisselama lebih 25 tahun melihat ini sebagai satu cabang seni fotografinya, Sebelum ini beliau amat mahir dalam fotografi potret, still life, pengiklanan, dan sebagainya.
Siri fotografinya dinamakan Paradise Parking, dalam kenyataanya menyebut beliau ingin mengetengahkan idea berkenaan hubungan antara kemodenan dan alam sekitar.

Amat menarik sekali nilai estetikanya,











Thursday, 23 February 2012

lukisan yang bapak realistik

teknik lukisan photograph memerlukan detail yang tersangat halus. Bukan calang calang artis dapat menyiapkannya. perinciannya tersaangat teliti dan memerlukan kemahiran tinggi dalam bermain gabungan warna. hasilnya jika dilihat sekali tentu sah akan dikatakan sebagai gambarfoto. malah dilihat berkali kali pun, mata manusia kan mengatakan itu adalah foto yang diambil menggunakan kamera!

ramai artis barat yang mempelopori aliran seni ini. Kelompok peminat yang mengkaguminya juga ramai. namun secara peribadinya aku teknik ini sudah hilang seninya yang asli iaitu lakaran stroke berus dan permainan warna warna di atas canvas. jika diberi nilai antara lukisan fotograf dengan stroke van gohg, sudah tentu teknik van gogh lebih bernilai tinggi. itu hanya pendapat sahaja.

Antara artis yang menghsilkan karya yang tahap wow ialah Roberto Bernardi. Lukisan alatandan alam bendanya sungguh realistik!







melukis di atas kanvas salji

Hamparan salji di jadikan kanvas? Amat menarik konsep ini kerana menghasilkan karya seni berskala besar. Ape hal ni, dah tak cukup ke kertas kat dunia ni. seperti biasa artis barat ingin mencari kelainan , kelainan daripada biasa itulah yang ada nilainya. Untuk menghasilkan karya seni berupa bentuk geometri ini memerlukan tenaga dan masa yang bukan sedikit. Yang penting hasilnya m`emb`eri `kepuasan.

satu kumpuln artis diketuai oleh sonja hinrichsen telah menyiapkan satu karya ukiran menggunakan  kasut salji atau snow boot . hanya berjalan sahaja mengatur kesan kasut tersebut secara terkawal di atas salji putih yang tidak diusik. hasilnya wow! oleh kerana hasil seni ini berskala besar , untuk melihatnya juga kit perlu terbang . gambar gambar di bawah adalah daripada pesawat ringgn cessna dn beberapa pesawat kawalan jauh berkamera.

hasil karya ini di buat di satu tempat bernama rabbit ears pass dalam negeri colorado.




Thursday, 16 February 2012

fotografi merentas masa

Jurugambar John Clang mempunyai idea yang menarik untuk projek fotografinya yang diberi nama 'Time'. Ideanya adalah mengambil gambar gelagat manusia di satu tempat dari satu sudut pandangan sahaja. untuk merealitikan konsep ini , John Clang mengambil gambar di satu tempat yang sama tetapi pada masa yang berbeza -beza, jadi hasilnyapelbagai jenis gelagat manusia terakam. Yang paling utama keddudukan kamera mesti di satu tempat dan merakam dari perspektif yang sama. seterusnya gambar yang terhasil digubah menjadikolaj dan hasilnya amat ausam!




 

Thursday, 2 February 2012

Seni bikin kecoh

Seorang artis Dari Amerika bernama mark Jenkins mempunyai caranya yang tersendiri untuk mencipta karyanya. Caranya ialah membina arca berbentuk manusia menggunakan pita pelekat kotak untuk membina figura bersaiz manusia dan dipakaikan dengan pakaian sebenar. sekali lihat hasilnya kelihatan benar benar manusia, arca itu kemudiannya diletakkan di tempat tempat tumpuan ramai untuk memancing reaksi manusia sekeliling. motif utama Jenkins ialah untuk melihat reaksi spontan dan kepekaan manusia dengan masalah yang ada di persekitaran. Kebanyakan arcanya ada di beberapa bandar utama dunia seperti Washinton DC, London , Dublin,Sweden dn beberapa bandar di Amerika dan Eropah,

Malmo, Sweden

Add caption

Royan, France
Winston-Salem, North carolina

Washinton DC

Malmo sweden
Washington DC

Bin Lady: Barcelona, Spain

Puerto del Rosario, Fuerteventura

London

Wednesday, 1 February 2012

Seni cahaya dan bayang.


Hanya perlukan sedikit kreativiti sahaja, barangan terbuang dan sampah sarap boleh dihasilkan hasil seni. Teknik jenis cahaya dan bayang sudah biasa dihasilkan oleh ramai artis dari seluruh dunia. Sudah tentu teknik ini memerlukan kemahiran menyusun barangan objek supaya membentuk bayang yang dikehendki pada dinding.

seorang artis dari arbaijan menggunakan bahan bahan terbuang untuk menghasilkan karya yang menggunakan kaedah cahaya dan bayang. kemahiran bermain dengan cahaya dan bayang perlu untuk menghasilakan karya arca yang hebat. aku lebih tertarik gambar di bawah yang menggunakan paip pvc untuk menghasilkan huruf pada dinding. satu idea yang boleh diambil untuk membina satu arca sendiri. amat sesuai untuk menyatakan isi hati pada dinding.