Sabar? itulah faktor penting menjadi seorang artis seni, lukisan yang tidak sabar bukan salah tetapi tidak begitu menarik kekaguman pecinta seni. ini yang berlaku pada seorang artis yang mempunyai kesabaran tahap tinggi dengan menghasilakan artwork yang tersangat detail dan halus menggunakan teknik pen dan dakwat sahaja.
Artis berkenaan ialah Alex Konahin. Beliau mebngambil masa sehingga berminggu - minggu untuk menyiapkan setiap lukisan.Lukisan lukisan berkenaan hanya menggunakan pen dan dakwat sahaja. Amat detail sehingga boleh kelihatan bentuk 3 dimensinya. Bakat diadun dengan teknik yang betul berjaya membentuk karya seperti 3 dimensi iaitu kelihatan seperti bentuk bulatan itu timbul pada permukaaan. Anda perlu percaya kerana kesabaran adalah syarat utama menghasilkan karya yang halus tahap tinggi ini.
artspinproject- seni pusing otak
Sunday, 22 April 2012
Monday, 9 April 2012
kreativiti tanpa batasan pada shopping bag
kreatif adalah salah satu strategi marketing. dengan sedikit sentuihan kreativiti, benda benda yang biasa seperti bag shopping kelihatan cukup untuk menarik pengguna untuk memilikinya. begitu juga jika penyampaian pesanan atau iklan akan lebih bermakna
Monday, 27 February 2012
Warna warna bunyi
Bagaimana nak melihat rentak bunyi? inilah persoalan yang memberi inspirasi kepada jurugambar Jerman Martin Klimas untuk merakamkan gelombang bunyi secara visual. hasilnya cukup terbaik di tahap lumayan. Hampir seiras karya abstrak jackson pollock. Teknik yang digunakan ialah dengan meletakkan beberapa titisan pelbagai warna cat di atas satu permukaan yang bersifat lembut. kemudian di letakkan pula di atas speaker box di mana gelombang bunyi itu paling kuat keluar. Dengan menggunakan kelajuan shutter yang tinggi, Klimas memasang pelbagai genre lagu dan shooting pergerakan cat itu akibat daripada pergerakan gelombang bunyi muzik tersebut.
hasilnya adalah getaran cat yang memberi satu pattern cat berwarna warni yang cukup unik, sesuai untuk menjadi poster dinding. namun untuk mendapat hasil yang benar benar memberi kepuasan, bukanlah satu kerja yang mudah, Klimas melakukannya selama 6 bulan dengan lebih 1000 kali shoot! kerja kerja ini dilakukan dalam studionya di Dusseldorf, Jerman.

kereta buruk di syurga
Fotografi gambar gambar kereta lama di telan hutan ada nilai estetikanya yang tersendiri. Di Malaya sukar mendapatkan subjek kereta buruk di dalam hutan kerana dijual sebagi besi buruk. peter lippmann , seorang jurugambar berbangsa Amerika yang bekerja di Parisselama lebih 25 tahun melihat ini sebagai satu cabang seni fotografinya, Sebelum ini beliau amat mahir dalam fotografi potret, still life, pengiklanan, dan sebagainya.
Siri fotografinya dinamakan Paradise Parking, dalam kenyataanya menyebut beliau ingin mengetengahkan idea berkenaan hubungan antara kemodenan dan alam sekitar.
Amat menarik sekali nilai estetikanya,
Siri fotografinya dinamakan Paradise Parking, dalam kenyataanya menyebut beliau ingin mengetengahkan idea berkenaan hubungan antara kemodenan dan alam sekitar.
Amat menarik sekali nilai estetikanya,
Thursday, 23 February 2012
lukisan yang bapak realistik
teknik lukisan photograph memerlukan detail yang tersangat halus. Bukan calang calang artis dapat menyiapkannya. perinciannya tersaangat teliti dan memerlukan kemahiran tinggi dalam bermain gabungan warna. hasilnya jika dilihat sekali tentu sah akan dikatakan sebagai gambarfoto. malah dilihat berkali kali pun, mata manusia kan mengatakan itu adalah foto yang diambil menggunakan kamera!
ramai artis barat yang mempelopori aliran seni ini. Kelompok peminat yang mengkaguminya juga ramai. namun secara peribadinya aku teknik ini sudah hilang seninya yang asli iaitu lakaran stroke berus dan permainan warna warna di atas canvas. jika diberi nilai antara lukisan fotograf dengan stroke van gohg, sudah tentu teknik van gogh lebih bernilai tinggi. itu hanya pendapat sahaja.
Antara artis yang menghsilkan karya yang tahap wow ialah Roberto Bernardi. Lukisan alatandan alam bendanya sungguh realistik!

melukis di atas kanvas salji
Hamparan salji di jadikan kanvas? Amat menarik konsep ini kerana menghasilkan karya seni berskala besar. Ape hal ni, dah tak cukup ke kertas kat dunia ni. seperti biasa artis barat ingin mencari kelainan , kelainan daripada biasa itulah yang ada nilainya. Untuk menghasilkan karya seni berupa bentuk geometri ini memerlukan tenaga dan masa yang bukan sedikit. Yang penting hasilnya m`emb`eri `kepuasan.
satu kumpuln artis diketuai oleh sonja hinrichsen telah menyiapkan satu karya ukiran menggunakan kasut salji atau snow boot . hanya berjalan sahaja mengatur kesan kasut tersebut secara terkawal di atas salji putih yang tidak diusik. hasilnya wow! oleh kerana hasil seni ini berskala besar , untuk melihatnya juga kit perlu terbang . gambar gambar di bawah adalah daripada pesawat ringgn cessna dn beberapa pesawat kawalan jauh berkamera.
hasil karya ini di buat di satu tempat bernama rabbit ears pass dalam negeri colorado.

Subscribe to:
Posts (Atom)