Monday, 30 January 2012

Lukisan daripadakesan jari jemari

Teknik ini adadalam sukatan Seni Visual atau Fine Art di peringkat sekolah atau Universiti. jadi teknik ni bukanlah satu kreativiti baru. Apa yang menarik adalah idea dan prosesyang dikembankan oleh artis Judith Braun. Dengan menggunakan jari sebagai alat dan charcoal atau pastel yang dijadikan serbuk halus, artis ini melakarkan pelbagai rekaan kreatif bertemakan bunga bungaan dan corak kosmik. menarik sekali, namun biarpun nampak mudah, tanpa latihan mustahil akanmendapat hasil yang cukup Gritus!



Sunday, 29 January 2012

Seni penyamaran dalam corak bunga

Teknik seni penyamaran adalah idea yang bukan baru. Artisdari China Liu Bolin pernah menggunakan teknik ini dalam hasil karyanya. kaliini artis kelahiran Peru iaitu CeciliaPeredes megambil tema self portrait dengan background corak tekstil bunga bungaan. Cecilia hanya mengecat badannya denganbody paint, make up dan cebisan kain bercorak sama dengan latar belakang. Menarik juga kerana skema warna yang digunakan mesti sama dengan corak asal pada latarbelakang. setelah siap dicat badannya, apa yang perlu ialah melekatkan badan pada latarbelakang dengan pelbagai gaya dan karya seninya terhasil dengan kaedah fotografi.






Wednesday, 25 January 2012

Seni Topeng Kumpulan muzik

Seni Topengdan seni muzik digabungkan, apa jadi??Hasilnya adalah mengikut kreativiti masing masing, lazimnya kumpulan muzik yang memakai topeng jenis yang paling dekat corak muzik yang mereka bawa. Tak kisah la. Apa yang nak kita lihat ialah beberapa kumpulan muzik barat yang menggunakan seni topeng sebagai identiti mereka. Dulu kita ingat kumpulan KISS sahaja bawa imej seperti topeng, tetapi sebenarnya KISS bukannya bertopeng hanya bersolek tebal sahaja.

Antara kumpulan muzik yang kelihatan ganas ialah Berzerker. Topengnya sekali tengok diciplak dari muvi pirate of caribean. kumpulan ini berasal dari Melbourne, Australia ditubuhkan pada tahun 1995, dah otai dah. mereka memainkan muzik jenis Industrial Death Metal.
Kumpulan bertopeng kedua ialah Lordi,kumpulan Heavy Metal dari Finland, juga golongan otai. Mereka menggunakan topeng yang menggerunkan dan ditambah dengan pakaian fesyen Monster. Temanya adalah menakutkan dan horror.


Seterusnya kumpulan Gwar yang berkonsepkan Sains fickyen iaitu kostum dan topeng seperti alien angkasalepas yang datang untuk menyerang bumi. Kostum mereka cukup menggerunkan. mereka mebawa stail muzik Thrash Metal. memang sampah!!
 Lagi Seni Topeng yang jenis yang menggerunkan iaitu kumpulan Mushroom head. gaya topeng kumpulan ini menjadi kontroversi dengan kumpulan Slipknot kerana kelihata identiti masing masing hampir sma,
kupulan ini menggunaka muzik campuran iaitu alternatif dan metal.

Satu lagi band yang seiras Kumpulan kepala cendawan ini ialah slipknot.

Sunday, 22 January 2012

Poster filem moden di tahun 50an

Pernah kah terfikir bagaimana jika filem filem blockbuster era moden dibuat pada tahun 1950an? sudah tentu teknologinya tidak sehebat filem filem sekarang, terutama sekali teknologi CGI. lihat saja perbandingan filem James Bond pertama 'Dr. No' dengan filem terbaru ' Quantum of Solace' agak jauh benar bezanya dari segi teknologi. Mari kita kembali ke Zaman silam seketika dan lihat poster poster filem era moden sekarang jika diterbitkan pada era 50an.




Poster poster ini adalah hasil janaan digital oleh artis Amerika iaitu Peter Stults,sebeleum ini idea ini sudah dihasilkan oleh seorang designer lain.







Friday, 20 January 2012

Teknik Cat minyak dalam air

Satu teknik yang diexplore oleh artis Matthew Davis. Proses menghasilkan karya menggunakan teknik ini memakan masa yang lambat. Iapi itulah Seni, lagi lama prosesnya lagi kepuasannya mencapai tahap tinggi. Bukan seperti sapuan seperti lazim, Matthew menggunakan berus dengan menitiskan cat minyak yang dicairkan menjadi susunan titisan bebbentuk bulatan ( pool ). kawalan warna yang teratur perlu untuk menjadikan seperti lukisan. Proses ini berlaku lapisan demi lapisan iatu dengan membiarkan lapisan pertama kering dahulu, barulah ditambah lapisan seterusnya. Anda sanggup?




Wednesday, 18 January 2012

Hiasan pejabat dengan hiasan teknik ilusi optikal.

Sangat Menarik apabila menaplikasikan seni ilusi optikal secara nyata. Teknik menghias dengan corak yang pelik jika dilihat dari satu sudut akan menampakan rupa geometri yang tersusun.Jika seseorang tidak berada di kedudukan atau sudut yang betul, gambaran sebenar rupa atau bentuk tidak dapat diagak. Maknanya anda perlu mencari satu sudut yang paling tepat untuk melihat bentuk atau rupa yang terhasil.

Di Malaysia, setakat ini tiada pula kedengara pereka hiasan dalaman menggunakan konsep ini. Mungkin sesuatu yang unik boleh dicuba untuk hiasan pejabat anda,










Jom jadi Spiderman!

Seorang artis peranchis Leandro Erlich telah meralisaikan impian manusia biasa untuk memanjat bangunan seperti Spiderman!. Bagaimana ? Beliau telah membina arca Instalasi berbentuk cermin yang besar. Rekaan bangunan di bina secara mendatar di atas permukaan bumi. Jadi biasan cermin akan memberi ilusi yang kita berada di dinding bangunan. Konsepnya simle je.Apa yang perlu ialah hanya membuat gaya sendiri seolang olah anda adalah Spiderman yang melekat di dinding.

Amat menarik sebenarnya konsep begini. Bijak dan imagineus! Sesiapa yang berhajat bolehlah ke pameran Seni  Le 104 yang berlangsung di Paris sehingga bulan March 2012.