Thursday, 29 December 2011

bermain dengan proportion fotografi

Seorang photographer Jean-Francois Fortou telah menghasilkan karya fotografi dengan meletakan subjek manusia biasa pada latar miniatur kecil begitu juga meletakkan subjek manusia pada latar yang bersaiz besar. photographer ini tidakmenngunakan teknik komputer atau photoshop untuk mewujudkan hasil karya ini. segalanya adalah original denga set yang dibina sendiri.












Tuesday, 27 December 2011

Kreatif dari benda biasa jadi luar biasa.

Apabila sudah kraetif, benda benda yang biasa digunakan boleh jadi karya seni yang menarikperhatian.Contohnya pintu rumah yang berwarna warni jika disusun secara teratur dan kreatif akan menghasilkan satu arca seni yang sangat cool. apabila kita melihat pintu, tiada apa apa yang kita nak fikir sekadar ia adalah pintu semata mata. Artis Korea ChoiJeong Hwa tidakmelihat pintu sebagai pintu semata - mata, sebaliknya sebagai satu karya. Artis initelah mengumpulkan pelbagai bentuk pintu terpakai yang pelbagai warna dan disusun sehingga 10 tingkat! Hebat kan?

Thursday, 15 December 2011

Melukis menggunakan dua tangan serentak

Cukup hebat...seorang artis dapat menyiapkan potret morgan freeman dan tim allen menggunakan dua belah tangan serentak.



Monday, 5 December 2011

Seni Bogel Miru Kim dan SiBabi


Miru Kim adalah bekas pelajar perubatan dan seorang artis. Dia mempunyai caranya sendiri berkarya iaitu menggunakan dirinya sendiri sebagai satu karya. Seni baginya adalah bogel. Tidak tahu apa motifnya berbogel untuk tontonan percuma khalayak..Mungkin dengan cara itu boleh popular dengan cepat.Siapa tahu?.

Seni terbarunya adalah dikategorikan sebagai installation art yang diberi nama ' I Like Pigs And Pigs Like Me' di mana Miru Kim tinggal bersama - sama dua ekor babi di Galeri Art Basel Miami.Beliau akan tinggal bersama sahabat baru itu selama 104 hari tanpa henti. Penonton bebas datang dan menontonnya bogel tak ubah seperti babi itu..




Miru Kim juga pernah menghasilkan karya seni fotografi sama iaitu berbogel di tempat tempat yang pelik dan tidak dihuni manusia. Karya ini akan diupdate kemudian.