Saturday, 26 November 2011

Sepusing kata seni



Apa itu seni? Mengikut pengertian istilah, seni adalah hasil karya yang disempurnakan dengan bakat. Untuk menhasilakan imaginasi ke dalam bentuk yang boleh dilihat memerlukan bakat, bakat yang diasah akan melahirkan skill atau kemahiran . pelbagai definisi seni dapat dicari dari pelbagai sumber . seni adalah satu visual expression. Ekspresi ini lahir dari satu idea atau pengalaman.
Seni perlu diberi persepsi dan kritikan, oleh sebab itu blog ini diwujudkan untuk memberi  ulasan secara ikut akal sendiri. Ini blog aku, biar aku yang berbicara mengikut selera aku. Konsep blog ini adalah mentafsir apa saja seni tanpa terikat atau terkurung. Seni sebenarnya luas dan tiada garis sempadan. Apa saja imaginasi atau unsure dalaman yang boleh direalisasikan dlam pelbagai rupa dan bentukboleh dianggap hasil seni.
Aku minat seni, seni itu seperti berdarah daging, namun aku tidak mampu membina diri sehebat Picasso, Monet, atau Van Gogh. Namun naluri seni tetap ingin menyatakan sesuatu