Seorang photographer Jean-Francois Fortou telah menghasilkan karya fotografi dengan meletakan subjek manusia biasa pada latar miniatur kecil begitu juga meletakkan subjek manusia pada latar yang bersaiz besar. photographer ini tidakmenngunakan teknik komputer atau photoshop untuk mewujudkan hasil karya ini. segalanya adalah original denga set yang dibina sendiri.
Thursday, 29 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
Kreatif dari benda biasa jadi luar biasa.
Apabila sudah kraetif, benda benda yang biasa digunakan boleh jadi karya seni yang menarikperhatian.Contohnya pintu rumah yang berwarna warni jika disusun secara teratur dan kreatif akan menghasilkan satu arca seni yang sangat cool. apabila kita melihat pintu, tiada apa apa yang kita nak fikir sekadar ia adalah pintu semata mata. Artis Korea ChoiJeong Hwa tidakmelihat pintu sebagai pintu semata - mata, sebaliknya sebagai satu karya. Artis initelah mengumpulkan pelbagai bentuk pintu terpakai yang pelbagai warna dan disusun sehingga 10 tingkat! Hebat kan?
Thursday, 15 December 2011
Melukis menggunakan dua tangan serentak
Cukup hebat...seorang artis dapat menyiapkan potret morgan freeman dan tim allen menggunakan dua belah tangan serentak.
Monday, 5 December 2011
Seni Bogel Miru Kim dan SiBabi
Miru Kim adalah bekas pelajar perubatan dan seorang artis. Dia mempunyai caranya sendiri berkarya iaitu menggunakan dirinya sendiri sebagai satu karya. Seni baginya adalah bogel. Tidak tahu apa motifnya berbogel untuk tontonan percuma khalayak..Mungkin dengan cara itu boleh popular dengan cepat.Siapa tahu?.
Seni terbarunya adalah dikategorikan sebagai installation art yang diberi nama ' I Like Pigs And Pigs Like Me' di mana Miru Kim tinggal bersama - sama dua ekor babi di Galeri Art Basel Miami.Beliau akan tinggal bersama sahabat baru itu selama 104 hari tanpa henti. Penonton bebas datang dan menontonnya bogel tak ubah seperti babi itu..
Miru Kim juga pernah menghasilkan karya seni fotografi sama iaitu berbogel di tempat tempat yang pelik dan tidak dihuni manusia. Karya ini akan diupdate kemudian.
Saturday, 26 November 2011
Sepusing kata seni
Apa itu seni? Mengikut pengertian istilah, seni adalah hasil karya yang disempurnakan dengan bakat. Untuk menhasilakan imaginasi ke dalam bentuk yang boleh dilihat memerlukan bakat, bakat yang diasah akan melahirkan skill atau kemahiran . pelbagai definisi seni dapat dicari dari pelbagai sumber . seni adalah satu visual expression. Ekspresi ini lahir dari satu idea atau pengalaman.
Seni perlu diberi persepsi dan kritikan, oleh sebab itu blog ini diwujudkan untuk memberi ulasan secara ikut akal sendiri. Ini blog aku, biar aku yang berbicara mengikut selera aku. Konsep blog ini adalah mentafsir apa saja seni tanpa terikat atau terkurung. Seni sebenarnya luas dan tiada garis sempadan. Apa saja imaginasi atau unsure dalaman yang boleh direalisasikan dlam pelbagai rupa dan bentukboleh dianggap hasil seni.
Aku minat seni, seni itu seperti berdarah daging, namun aku tidak mampu membina diri sehebat Picasso, Monet, atau Van Gogh. Namun naluri seni tetap ingin menyatakan sesuatu
Subscribe to:
Posts (Atom)